Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Di sini kami mempromosikan produk makanan tradisi iaitu Sambal Tempe Bilis Nuri. Ia adalah produk makanan ringkas dan KERING berasaskan 3 bahan asas utama iaitu tempe, bilis dan cili. Ia merupakan satu hidangan masa kini yang amat sesuai bagi mereka yang bekerja kerana:
1) mudah dan tersedia untuk dihidang
2) tidak perlu susah payah dan mencari masa untuk ke pasar mencari bahan untuk penyediaan
3) tidak perlu penat untuk memasak
4) ketahanan sehingga 7 hingga 10 hari
5) gerenti pedas (kalau kurang pedas bagi tau, kalau terlebih
pun bagitau)
Sambal Tempe Bilis Nuri ini enak dimakan dengan apa jua hidangan seperti nasi bubur, nasi, mee kari dan roti .(tengoklaaaa gambarr yang ade….ermmmm nyam..nyam:)
Saiz Bungkusan
Senarai Harga (sila lihat gambar bungkusan di atas)
Saiz biasa
· 160g bekas microwave : RM5.50/bekas
· 160g peket peket “cookies” : RM5.00/peket
# minimum penghantaran yang dicadangkan adalah 4 bekas/peket (boleh hantar dalam jumlah 1@ 2 bekas/peket dan dicadangkan menggunakan penghantaran POS BIASA sahaja)
Saiz “souvenior”
· 80g (200 peket ke bawah) : RM2.50/peket*
· 80g (225 peket ke atas) : RM2.00/peket*
*dibungkus di dalam peket “cookies”
# minimum penghantaran adalah 20 peket (harga di atas tidak termasuk kos penghantaran dan promosi PERCUMA di atas hanya terpakai kepada tempahan Saiz Biasasahaja).
Di sini kami juga menyediakan tempahan untuk "Souvenior".Jika selalu kita adakan majlis kenduri-kendara seperti berzanji dan kenduri kahwin kita berikan bunga telur, kuih-muih, wajik, gula-gula, apa kata kita cuba beralih citarasa kepada Sambal Tempe Bilis Nuri ini kerana ia enak dimakan, tahan lama, harga berpatutan, sesuai untuk di makan dengan apa jenis hidangan dan siapa pun boleh makan. Kata orang tak kenyang makan di kenduri, dapat Sambal Tempe Bilis Nuri nie sebagai buah tangan, boleh masak nasi/bubur, makan semula nasi/bubur kat rumah ngan sambal nie….
" SAMBAL NURI NI ENAK DIMAKAN BEGITU SAJERR...."
.......TETAPI jika mahukan KELAINAN... BOLEHLAH CUBA RESEPI di bawah:
Cadangan hidangan:
Bahan-bahan:
Minyak masak (sedikit cukup untuk menumis)
Kacang panjang@sayuran lain (dipotong)
Sambal Nuri (sukatan:ikut suka)
Cara memasak:
1) Panaskan minyak
2) Masukkan Sambal Nuri
3) Masukkan kacang panjang akhirnya
4) Siap untuk dihidang
C
Khamis, 20 Mei 2010
SAMBAL TEMPE BILIS (TANPA KACANG)
Bagi memenuhi permintaan, kami juga ader menyediakan Sambal Tempe Bilis (Tanpa Kacang). Harga tetap sama. Ini bagi memenuhi permintaan pembeli yang tidak boleh makan kacang tanah.ada spesies yang elergi..
1) Bayaran boleh dibuat melalui Akaun MAYBANK 2) Transaksi bayaran adalah melalui ATM transfer/Online
Banking/Deposit Tunai (CDM)
3) Butiran seperti Nombor Akaun MAYBANK, HANYA akan
diberikan setelah pelanggan membuat tempahan
4) Sila emailkan:
· bagi pembayaran secara online, sila kepilkan slip transaksi
(copy & paste)
· bagi CDM/ transaksi ATM, sila nyatakan butiran
pembayaran
5) Pelanggan akan dihubungi melalui SMS, sebaik sahaja
penghantaran dibuat
Proses Penghantaran:
Ø hanya akan dilakukan pada setiap :
Isnin dan Khamis
Ø kos penghantaran akan diberitahu
menerusi e-mail/ sms
Ø boleh dibuat menerusi Perkhidmatan Pos Laju ataupun Pos Biasa
ØAnggaran kos Pos Biasa (Sem. Malaysia)
· 1000g=RM2.50
· 2000g=RM3.50
· 3000g=RM4.50
· 4000g=RM5.50
(Penghantaran melalui Pos Biasa mengambil masa
beberapa hari untuk sampai)
Ø cara penghantaran lain boleh
dibincangkan mengikut permintaan yang bersesuaian
begitu juga bagi penghantaran ke Sabah & Sarawak
Ø penghantaran adalah percuma bagi
mereka yang tinggal di sekitar
pekan Karak sehingga ke bandar Temerloh
(PENGHANTARAN HANYA dengan jumlah tempahan bagi saiz biasa : 5 bungkus/peket @saiz souvenior: 20 peket)
Bilakah waktunya terasa makanan yang dimakan itu terasa sedapnya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan